Sunday, April 29, 2012

Cinta


Cinta adalah tiang sendi segenap sendi utama di dunia,jika tiada nescaya akan kiamatlah dunia


Apakah maksud cinta?Adakah cinta hanya perasaan kasih dan sayang antara lelaki dengan perempuan sahaja atau cinta adalah perkataan rekaan yang dicipta melalui perasaan sahaja? Mengikut kamus dewan cinta ialah kasih sayang terhadap seseorang.

Sebenarnya cinta boleh ditafsir dengan seribu istilah mengikut si pencipta dan suasana.Namun pada asasnya cinta membawa maksud bekerja bersama-sama,ketawa bersana-sama,membangun bersama-sama dan hormat-menghormati antara satu sama lain.Cinta juga bermaksud kemahuan berkongsi kejayaan bersama-sama samada kejayaan kecil ataupun besar.

Cinta juga dimaksudkan kemahuan bersama bagi mendapatkan sesuatu,misalnya puncak cinta pasangan yang sudah berkahwin untuk mendapatkan cahaya mata.Puncak cinta mereka yang sedang bercinta adalah untuk melndirikan mahligai bahagia bersama-sama.Malah ada yang akui bahawa "Ketawa di pertengahan suatu pertengkaranadalah cinta".

Ada pula yang mencipta konsep cinta suci dan cinta palsu.Benarkah kedua-dua jenis cinta ini wujud ataupun sengaja diada-adakan? Menurut Islam. "Tidak sempurna iman seseorang sehingga mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai diri sendiri" Begitu besarnya makna cintadan betapa agungnya cinta.

Daripada ungkapan diatas digambarkan cinta bermula dengan mencintai diri sendiri sebelum mencintai saudara-saudara yang lain.Jika seseorang belum mencintai dirinya agak sulit baginya mencintai orang lain dengan ikhlas.

Sebenarnya ungkapan cinta dan kasih sayang adalah dua ungkapan yang sukar dipisahkan.
Kasih bermakna perasanan sayang terhadap seseorang,manakala cinta lebih luas daripada itu.Cinta boleh bermaksud perasaan sangat sayang kepada seseorang atau sesuatu.Walaubagaimanapun, zaman sekarang apabila disebut cinta,maka fokus utama tertumpu kepada perasaan sangat sayang dan berahi antara lelaki dan perempuan sungguhpun ada yang melihat cinta sebagai perasaan terlalu menginginkan sesutau.

Golongan ulama islam menggariskan tiga sebab utama yang menentukan cinta:

1.Cinta kerana memuliakan.Cinta yang paling agung ialah kepada Tuhan dan Nabi serta alim ulama,guru,ibubapa,pemimpin di semua peringkat.

2.Cinta Kasih Sayang seperti cinta kepada nabi kepada umat,cinta ibubapa kepada anak-anak.

3.Cinta kerana sejenis.Perasaan cinta wujud terhadap manusia yang lain.

BErdasarkan tiga sebab cinta ini maka dapatlah dikatakan bahawa cinta yang paling agung,luhur da untama adalah keintaan manusia kepada Tuhan dan Rasul.Kecintaan Tuhan dan rasulNya terhadap manusia tidak akan berlaku tanpa didahului oleh cinta terhadap Tuhan.Inilah cinta yang sebenarnya yang ada kaitan yang paling rapat dengan kesempurnaan iman dan kehidupan seseorang.Cinta inilah yang paling agung dan suci,yang tidak sedikit pun dicampuradukkan dengan sesuatu yang dibenci oleh tuhan , daripasa segi niat,perasaan dan perbuatan.

Oleh itu,cinta kepada Tuhn dan Rasul adalah cinta yang tertinggi nilainya dalam kehidupan manusia dan pertaruhannya adalah nyawa.Kesempurnaan cinta pada Tuhan dan rasuNya adalah kesempurnaan iman seseorang.Cinta ini dipaparkan melalui amalan kepatuhan dan ketaatan.Contohnya Nabi Ibrahim sanggup mengorbankan anaknya semata-mata patuh kepata perintah Tuhan.Para rasul dan para sahabat sanggup mengorbankan nyawa dan harta benda bagi mempertahankan agama Tuhan dan rasul.Cinta kepada Tuhan dapat mendidik,mendorong manusia mencegah kemungkaran dan menegakkan kebenaran semata-mata kerana Tuhan dan Rasul

Cinta yang unggul ini dapat dilihat dan dinikmati oleh mereka yang amat mencintai rasul dan Tuhan dengan terus memperjuangkn,mempertahankan dan menegakkan agama yang dahulunya diperjuangkan oleh Rasul,para sahabat dan pemimpin yang lain walaupun kita tidak pernah bersama-sama mereka.Segalanya atas dasar cinta sejati dan murni.

Cinta sejati sebenarnya pelakuan dan perasaan kasih sayang yang tidak melanggar hukum dan peraturan agama,adat dan kesopanan masyarakat dan undang-undang negara.Maka cinta seperti cinta Romeo dan Juliet,Laila an Majnun ataupun Uda danDara bukanlah cinta suci yang sebnarnya yang perlu dicontohi an diagung-agungkan sebagai cinta sejati.Ini kerana percintaan mereka banyak melanggar hukum agama,melanggar tatasusila masyarakat,dilakukan atas nama cinta dan terpaksa melakukan pengorbanan yang ditegah oleh agama,mengorbankan kesucian diri,memalukan diri dan merosakkan tatsusila,adab kesopanan hidup bermasyarakat yang kononnya sebagai bukti cinta.












Sincerly from: Ariff Seniman

No comments:

Post a Comment