Wednesday, August 1, 2012

Ramadhan datang Lagi



 Ambil ajax fabluso then lap-lap,sapu sawang sawang,tepuk habuk-habuk then spray dengan air wick.. Ya Allah bersihnya blog aku lepas dah berkurun lamanya aku tak up to date dah macam harta karun dah..Takpalah ni nanti boleh jadi harta pusaka aku,nanti aku suruh my lawyer wasiatkan blog ni untuk anak-anak cucu-cicit aku nanti..cewahh!

Hai hai! *lambai-lambai tangan senyum sampai ketelinga.

Sekarang dah bulan ramadhan,Salam Ramadhan semua :) Selamat berpuasa and how your puasa? ada tinggal tak? if yang lelaki tu mestilah penuh kan,yang perempuan tu faham-fahamlah..Tidak mengapa,kami kaum adam memahi anda sekalian.cewahh!

Puasa aku kalini okaylah cuma tak macam dulu-dulu,cuma tahun ni tak berbuka dengan kakak kakak aku.Kakak aku yang kedua ni pun balik sabtu ahad je so jumaat dengan sabtulah baru berbuka dengan dia,yang lagi sorang tu duduk Pulau Pinang takkan kau nak dia balik setiap minggu,memang lepas ni aku kena jadi pengemis dekat Jalan TAR lah jawapnya..haha

Tahun ni sekolah pagi and rasa dia punyalah berbeza gila,dia punyalah gila gila punya.Yelah,kalau dulu lepas sahur tidur sampai pukul sebelas or sepuluh then gerak pergi sekolah,lepas sekolah tamat balik rumah terus berbuka tapi tahun ni lepas sahur tidur sekejap then pergi sekolah sampai 12.30 then balik naik pengankutan awam,dalam pukul 2 baru sampai rumah.Bila ah sampai rumah memang katil jelah yang nampak,yang lain pudar-pudar je.Sumpah doh asalkan balik sekolah je mesti mengantuk,even aku duduk sekejap pun boleh terlelap.Cubalah kau bayangkan betapa teruknya aku.Bangun dari tidur dalam pukul 5 or 6 biasanyalah sebab aku kena siakan lauk pauk semua untuk bebuka.Tahun ni sekali pun mak aku tak pernah masak sebab apa,sebab nanti membazir.Yang makan 4-5 orang je,lagipun kalau mak aku masak mesti ayah aku beli something.Kenkadang aku pun marah juga sebab beli banyak sangat sampai tak termakan,tapi nak buat lagu mana dah beli.

So siapa yang berbuka dengan whole family tu sangatlah beruntung,aku ni nak kumpul one family pun kekadang susah sebab masing masing sibuk dengan hal-hal masing masing.Tapi macam mana sekalipun aku kena bersyukur atleast aku ada orang nak berbuka,ada yang dekat luar sana berbuka seorang diri tanpa sesiapa sampai kekadang juadah berbuka pun tiada.Astaghfiruallah !

Aku Ariff Seniman nak ucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak untuk semua muslimin dan muslimat yang berpuasa di bulan ramadhan.Moga amalan kita diberkati dan diterima oleh-Nya.Insyallah Amin !

 Sincerly from: Ariff Seniman

No comments:

Post a Comment